Kami sebahagian bekas anggota Arqam direman dua bulan
Diasingkan di kawasan yang terhad di beberapa tempat
Entah berapa kali kami dikursuskan
Konon untuk memulihkan aqidah dan syariat kami yang tidak murni lagi
Yang mengambil bahagian banyak agensi
Dari pihak keselamatan (SB), hakim, BTN dan lain-lain lagi
Yang kami lihat mereka tidaklah lebih baik dari kami
Walaupun kami yang jahat
Sifat ammarah mereka begitu terserlah
Marah-marah jadi budaya mereka
Ada yang tidak kelihatan bersembahyang
Ada yang sembahyang lewat
Pakaian, ada yang berseluar ketat
Ada pensyarah bila dihujah merajuk, jenuh dipujuk
Pantang kita memberi pandangan yang berlainan
Ugutan-ugutan dan kata-kata menakutkan pun dimuntahkan
Hendak tunjuk pandai tidak boleh langsung
Kenalah kami membuat bodoh
Kalau dibodoh-bodohkan kami diam sahaja
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi